top of page

Meriah Sambut Kedatangan Ramadhan Bersama Belia

29TH MARCH 2024 BY CORP COMMS


Para pelajar, sukarelawan serta kakitagan Perdaus di Masjid Al-Khair bagi acara arheeb Ramadhan.


Sepuluh hari terakhir Ramadhan menjelang tiba. Tahukah anda, selain dari kesibukan pelajar dengan pengajian dan kerjakemasyarakatan di Madrasah Perdaus sdemi menghidupkan Ramadhan melalui Ihya’ Ramadhan, kami juga menyambut kedatangan Ramadhan, untuk membuat persiapan yang cukup untuk bulan mulia ini?


Pada 9 Mac 2024, hari Sabtu sebelum mulanya Ramadhan, hampir 200 belia dari program pendidikan Perdaus peringkat menengah sehingga ke pos-menengah beserta waris mereka dan kakitangan Perdaus, bersama-sama mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadhan melalui program tahunan “Tarheeb Ramadhan” yang dijalankan di Masjid Al-Khair.


Program yang disediakan adalah untuk mempersiapkan para pelajar dan waris bagi menghadapi bulan Ramadhan yang menjelang.


Isi yang disampaikan turut merangkumi aspek kerohanian, fizikal dan mental. Selain memberi panduan tentang Fiqh Ramadhan, Ustazah Farzana Roslee, seorang sukarelawan Perdaus, juga berkongsi tentang pemakanan sihat sepanjang Ramadhan agar ia dapat dimanfaatkan melibatkan pelajar dengan permainan kuiz dalam talian.


Pelajar-pelajar Imad Perdaus mendirikan Qiyamullail.


Sorotan utama program ini ialah aktiviti Qiyaamullail (solat malam), yang diimamkan Ustaz Abdul Hadi Jamil. Ia merupakan contoh praktikal dan latihan amali bagi pelajar-pelajar tentang syarat-syarat solat malam dan solat sunat lain boleh dibuat di sepanjang malam. Melalui pengalaman ini, diharap para pelajar lebih jelas dan yakin untuk melaksanakan ibadah di sepanjang Ramadhan dan bulan-bulan berikutnya.


Jelas Ustazah Farhana Abdul Hamid, mudirah Madrasah Perdaus: “Harapan kami adalah melalui program sebegini para pelajar didedahkan kepada ibadah yang kurang mereka kenali. Namun, setelah mereka laluinya sendiri dan merasakan kesannya kepada mereka, mereka dapat menghayatinya dengan lebih baik dalam masa-masa mendatang.”


Presiden Perdaus, Encik Muhammad Hafiz Noorahman, yang turut hadir bersama, berkata: “Tentunya para belia ini akan menjadi pemimpin kita pada suatu masa nanti. Lantas, amat penting sekali bagi pemimpin Melayu/Islam kita dipupukkan dengan nilai dan ilmu ibadah yang praktikal sejak usia muda agar mereka terus menjadi pemimpin yang berwibawa, dilindungi dan diberkati Allah.”


Para ibu yang turut memeriahkan Tarheeb Ramadhan dan memberi sokongan kepada anak-anak mereka.


Antara waris yang menghadiri Tarheeb Ramadhan ialah Puan Mardiana Abdul Rahim, ibu kepada dua orang pelajar di Perdaus. Cik Mardiana berkata: “Saya dapati program Tarheeb Ramadhan sangat komprehensif. Sebagai ibu, saya menyertai program ini untuk memberi sokongan kepada anak-anak saya dengan harapan mereka menghayati Qiyamullail. Sesi penerangan Ustazah Farzana tentang Ramadhan juga intensif, dan menarik perhatian anak-anak saya, terutama melalui segmen kuiz Kahoot.”


Selain Tarheeb Ramadhan, para belia di Perdaus juga akan menghidupkan Ramadhan melalui program Ihya’ Ramadhan dengan kerja-kerja kemasyarakatan seperti mengagihkan habuan kepada keluarga-keluarga berpendapatan rendah dan lain-lain lagi. Perdaus kini giat mengumpul dana untuk menjayakan kempen ini mencapai sebanyak $60,000, yang ditetapkan sempena ulang tahun Perdaus yang ke-60 tahun ini. Untuk menderma, sila ke laman http://swiy.co/ihya .

bottom of page