Republished from Ustaz Haniff’s Facebook with his kind permission. Edited by Perdaus and translated by Azma Abu Basri.
Ask Ustaz Haniff #5: Should I Use My Savings for Hajj or Umrah?
Query:
I wish to go visit Makkah and Madinah. My savings that I have now is enough for me to perform Umrah in sha Allah.
The question is, should I continue to save up for Hajj, or should I go and perform Umrah first?
I am 22, but if I register myself to perform the Hajj, I am unsure when my turn will come up on the Hajj waiting list. Seeking your clarification, Ustaz.
[Editor: In Singapore, pilgrims are to register with the Islamic Religious Council of Singapore to be allocated a queue number to perform the Hajj, due to the quota system that the Saudi Arabian government has designated for all pilgrims.]Response:
There are no issues in our religion for you to use your savings to perform Umrah first, even though it would decrease your savings for Hajj.
This is because, saving up to perform the Hajj is not an obligation, even though to be financially able is a requirement
In addition, usually the waiting period for the allocation of your turn in the queue takes a long time. Hence, you can save up again for the trip.
If one already has enough savings for Hajj but is still waiting for his/her turn, it is also not a problem for him/her to spend that money first for other things.
Tanya Ustaz Haniff #5: Guna wang simpanan untuk haji atau umrah?
Soalan:
Saya teringin hendak berziarah ke Makkah dan Madinah. Duit simpanan saya yang ada sekarang, in sya Allah cukup hanya untuk menunaikan umrah sahaja.
Soalannya, haruskah saya mengumpul duit untuk tunaikan haji atau patutkah saya mengerjakan umrah sahaja dahulu?
Saya kini berumur 22 tahun, tetapi jika saya mendaftarkan diri untuk tunaikan haji nanti, saya kurang pasti berapa tahun lamanya saya terpaksa tunggu giliran saya untuk ke sana. Mohon penjelasan, ustaz.
[Editor: Di Singapura, para jemaah harus mendaftarkan diri di Majlis Ugama Islam Singapura untuk giliran menunaikan haji di atas sebab sistem kuota yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi ke atas semua jemaah.]
Jawapan:
Tidak ada masalah apa-apa di sisi agama untuk awak gunakan wang simpanan itu untuk berumrah dahulu, walaupun ia akan mengurangkan simpanan awak untuk menunaikan kewajipan haji.
Ini kerana menyimpan duit untuk pergi haji bukan satu kewajipan, walaupun ia satu keperluan bagi memenuhi syarat kemampuan.
Tambahan pula, biasanya giliran untuk menunaikan haji mengambil masa yang lama, maka, awak boleh simpan semula duit.
Jika seseorang itu sudah memenuhi wang simpanan yang cukup tetapi giliran pergi haji beliau belum tiba, tidak juga masalah untuk beliau belanjakan duit itu dahulu untuk perkara lain.