Siri Kisah Sahabiyat

Mari Kenali Kepimpinan Sahabiyat

Siri 3-minggu bersama Ustazah Dr Rohana Ithnin

Memperkasakan wanita, menerusi kisah kepimpinan para Sahabiyyat RA

 

Daftar Sekarang

Kenali Sahabiyat dan Kisah Kepimpinan Mereka

Pada zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda SAW, beberapa orang sahabat wanita yang terkenal, yang dikenali sebagai sahabiyat, memainkan peranan kepimpinan yang cukup memberi kesan dalam pelbagai aspek masyarakat.

Para sahabat wanita ini menyumbang kepada perkembangan dan penyebaran Islam melalui kepimpinan, pengetahuan, dan dedikasi mereka.

Contohi sifat kepimpinan melalui sumbangan mereka kepada pertumbuhan Islam. Mereka memegang pelbagai peranan yang terdiri daripada memberi sokongan kepada Nabi dan para sahabat, meriwayatkan hadis, dan mengambil bahagian dalam acara penting.

Pelajari kisah mereka agar dapat memberi inspirasi kepada wanita hari ini dalam kepimpinan perkerjaan dan kekeluargaan.

Sahabiyat Series (online)

Para Sahabiyat Yang Akan Dikenali

Mereka adalah:

  1. Shifa Bint Abdullah RA
    Sering dikagumi diatas bakat dan kemahiran beliau dalam persuratan, perubatan dan khat.

  2. Aisyah bint Abu Bakar RA
    Ummul Mukminin, isteri kepada Rasulullah SAW dan juga dikenali sebagai perawi hadith dan tokoh ilmu.

  3. Hindun bint Utbah RA
    Seorang tokoh yang cukup berkontroversi dalam sirah Rasulullah SAW, misi hidup beliau berubah setelah memeluk Islam.
Ustazah Dr Rohana Ithnin

Bersama Ustazah Dr Rohana Ithnin

Ustazah Dr Rohana Ithnin adalah seorang pendakwah bebas.

Beliau telah meraih ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Pendidikan Islam.

Selain itu, Ustazah Dr Rohana juga adalah seorang ahli di:

  • Anggota Majlis Tertinggi, Pergas
  • Anggota Jawatankuasa Penasihat, Darul Arqam
  • Anggota Penuh Jawatankuasa Fatwa
Daftar Sekarang